Tuesday, March 05, 2013

Simpan.


Ada satu tahap yang dia fikirkan.
Dia sudah jadi sedikit dewasa dalam sifir kematangan.
Baik buruk perbuatan.
Semua dia sudah susun akal - buat keputusan.
Malangnya, apa yang dia laksana mengundang pertengkaran.

Satu demi satu.
Dia benci dalam perjalanan waktu.
Walaupun hakikatnya begitu.
Dia bercakap bagaikan dengan batu.
Mahu dibaling - hatinya sakit dan pilu.
Mahu digalas - sakitnya bahu.

Dia tidak punya sesiapa.
Bila dalam uruskan perasaan - dia sebatang kara.
Dia sedar dia masih punya Tuhan Maha Esa.
Bahkan dia bersyukur dia masih hamba.
Cuma dia masih perlukan manusia.
Untuk dengarkan dia - tepuk bahu, lap air mata.

Sedikit sebanyak dia akur dengan kesakitan.
Mereput dalam hingga hilang pertimbangan.
Menyakitkan hatinya sendiri bukan satu pilihan.
Mahu melampias sakit pada orang lain - dia enggan.
Dia junjung sahaja kepayahan.
Agar dia terus hilang dari pandangan.

Simpan.
Memang dia simpan segala kenangan.
Segalanya dia humban.
Terus masuk dalam peti simpanan.
Tanpa perlu dia selidiki setiap kepingan.
Kerana segalanya punya penceritaan.
Yang dia --- enggan dedahkan.

Dia ---
Sudah enggan jadi boneka.
Hanya ukir senyuman di muka.
Tetapi hakikatnya dia terpaksa.
Robek jiwa.
Tiangkan kelopak mata.
Supaya tiada aliran air - cakap orang, tulikan telinga.
Demi nampak kuat atas dunia.

Hentikan.
Segalanya dia mahu simpan.
Biarkan permainan diteruskan.
Dia enggan ambil bahagian.
Dalam perjuangkan nyawa penuh kesakitan.

[Sumber gambar]

3 comments:

Anonymous said...

Huuuuu.... situasinya sama macam aku sedang alami. =(

zainatul abu bakar said...

sangat kena dengan sy skrg ni kak..

Ezza Jafri said...

Senyuman aku,gelak tawa aku tak spt org lain gambarkan. Bkn nk tunjuk hebat tapi itu sudah jd kebiasaan. :)