Monday, April 29, 2013

Perjalanan 30 : #04


"Sebab kenal kau sangat-sangat. Tahu walaupun apa yang terjadi, kau takkan mengalah. Sebab kenal kau, maka tak pernah risau"


Bila seseorang yang membesarkan menyatakan sedemikian, aku hanya mampu tahan tangisan dan ukir senyuman atas kepercayaan yang diberikan dalam aku menentukan jalan hidup aku sendiri. Pilihan sudah dibuat dan mereka, walaupun dalam penuh keberatan --- ternyata, menerima keputusan aku, menghormati apa yang aku mahukan.


"Ikat tangan dia ke belakang sekalipun, dan hantarkan dia ke tengah-tengah, belum tahu yang berlawan dengan dia akan menang. Kita semua kenal dia. Bukan perempuan kuat nangis macam dalam drama tv"


Seseorang yang membesar bersama bercakap begitu, aku hanya mampu tersenyum. Besarnya kepercayaan mereka. Melihat aku yang selama ini di depan mata, menanggung satu demi satu cerita, masalah dan ujian dihadapi bersama, apa pun yang terjadi, dalam kelompok kecil kami pada malam itu, satu ikrar telah nampak jelas bahawa --- komunikasi sesama ahli keluarga sangat penting walaupun kami jarang berjumpa. Nilai kepercayaan, walau apa pun yang terjadi, sifat melindungi, sekalipun tidak dipertontonkan secara berdepan, terang dan nyata, tetapi ianya ada.

Terima kasih Allah.
Atas kurnia.

[Sumber gambar]


2 comments:

takky said...

ganbatte kudasai kak z...
u can do it..
don't give up ok...
tak GUMIHO la kalau dah give up...
betul x?

Hanih Borhan said...

Ajaib kan?

Mcmmana mereka2 bley m'percayai & meyakini kita lbey dari kita m'percayai & meyakini diri sendiri...

Lepas tu, terus rasa macam diri ringan, atas puncak dunia & mampu buat apa2 je :)