Monday, April 22, 2013

[Ulasan] : Bisik - Syaihan Syafiq : FIXI


Aku dapat novel Bisik selepas memenangi pertandingan menulis cerpen anjuran Buku Fixi. Lebih istimewa, aku dapat Bisik terus daripada tangan Amir Muhammad yang menyerahkan hadiah ini sewaktu pelancaran KOPI di Pasar Seni. Oh ya, aku juga dapat tandatangan penulisnya - Syaihan Syafiq yang sekarang boleh diibaratkan seperti kesayangan aku dalam menulis. Hi Syaihan (lambai ala-ala gadis Korea yang berjemur 10 tahun).

http://farm8.staticflickr.com/7246/7141757049_88b81264e0.jpg
[Flickr Aku] - Idraki - Bisik - Cappucino

Ulasan novel ini telah tertangguh sejak sekian lama atas kesibukan aku yang boleh dikatakan - sekejap pelupa, sekejap ingat. Belum putus urat dah banyak lupa. Maaf.

1. Penulisan yang baik. Perkenalan aku dengan penulisnya, buatkan aku banyak mengetahui latar belakang yang membawa kepada banyak ketepatan isi penulisan disebabkan penulisnya banyak membaca serta rajin pula.

2. Kulit depan --- kucing, bukanlah bermaksud cerita ini berkaitan dengan kucing, tetapi sedikit sebanyak, apa yang berlaku permulaannya disebabkan oleh makhluk berbulu ini -- yang ditakuti oleh aku tetapi disenangi amat oleh penulisnya.

3. BISIK sedikit 'tricky' - perlu dibaca dengan tekun supaya tidak terlepas babak yang menarik, tarik nafas panjang dan bunyi --- "eh, eh, eh"

4. Aku sukakan watak dalam BISIK. Banyak dapat dikaitkan dengan kehidupan sebenar dan apa yang paling penting dalam ini adalah bagaimana kita dibesarkan, sedikit sebanyak akan mempengaruhi kita.

5. Dengar khabar akan muncul lanjutan dari novel ini.



5 comments:

reenapple said...

Dah baca and memang best!!! =D

#Eh.. ada sambungan? Tak sabar nak tunggu. Nak tahu juga apa yg terjadi pada Mikail tu.

nizamsani said...

ya, buku ini bagus.

takky said...

BISIK is my last buku yg aku review....
lepas tu dah sibuk sampai tak tahu nak curi masa nak tulis review novel lain macam ASRAMA, MENTAL, DOSA dll....
meh lah baca review orang kalau tak kisah...
http://takky-journeyofmylife.blogspot.com/2013/02/wow-serius-aku-dah-lama-tak-update-blog.html

btw, betul ke nanti ada sambungan?

shandye. said...

*batuk*
lamanya kena tunggu review buku ni...
*batuk*

shandye. said...

*batuk*
lamanya nak tunggu tuan tanah buat alasan buku ni...
*batuk*