Sunday, April 14, 2013

[Ulasan] : Sumbat - Faizal Sulaiman.


Amaran #1 :
Pastikan anda dalam keadaan kenyang semasa membaca novel ini. Jika tidak, sediakan sebotol air mineral di tepi dan minum setiap kali perkataan dalam novel ini buatkan air liur anda hampir mengalir.

http://distilleryimage5.s3.amazonaws.com/eaf83dbe979011e293b222000aa8011b_7.jpg
Instagram Aku | Novel Sumbat. (dah mula rasa lapar tengok kulitnya?)

SUMBAT adalah karya novel sulung Faizal Sulaiman yang diterbitkan oleh FIXI. Sebelum ini, novel ini dalam versi atas talian dengan tajuk Farcir (bagi yang mengikuti Faizal Sulaiman di blog Aksara Keraian dahulu) - tetapi versi ini, lebih baik, lebih mengujakan dan lebih membuatkan rasa lapar.

1. Dalam novel ini ada pelbagai watak. Setiap daripada mereka dikembangkan dengan baik, dan setiap helaian membuatkan kita akan teruja untuk mengetahui kisah selanjutnya. Dinasihatkan untuk baca secara berterusan, dengan mengambil masa sendiri untuk membacanya.

2. Perincian mengenai makanan (ya, latar belakang cerita ini adalah di cafe) - maka, jika anda seorang yang mempunyai imaginasi yang tinggi serta mengetahui serba sedikit nama makanan, percayalah bahawa anda sedang terliur bila kerongkong bergerak dan anda menelan air liur. Nama masakan tengah hari dalam bab pertama sahaja --- sudah boleh buatkan anda rasa mahu menangis kelaparan.

3. Kita dibawa melihat kepada pergolakan dalam keluarga, setiap mereka hampir dihantui oleh kisah silam yang tidak ingin diketahui oleh orang lain. Ada yang diperdagangkan/diperjudikan oleh ibu sendiri, ada yang membunuh kekasih sendiri kerana dasar cemburu yang amat/salah faham, ada juga yang kesal kerana cinta ditolak serta kekesalan meninggalkan alam pekerjaan dan menjadi surirumah sepenuh masa demi membahagiakan keluarga. Setiap dari mereka mempunyai rahsia tersendiri.

4. Gaya bahasa? --- Sebagai orang yang biasa membaca tulisan Faizal Sulaiman (FS) di blog beliau, cerpen-cerpennya, laras bahasa yang digunakan adalah mudah untuk difahami. Tepat dengan penggunaan dalam situasi walaupun nama makanan itu sangatlah susah mahu disebutkan (kalau ada dalam bahasa Perancis). Tapi ada satu bahagian dialog, pertuturan dalam bahasa Perancis yang tiada terjemahan. Jangan risau. Google Translate ada. Gitu.

5. Banyak pengajaran yang boleh diperoleh daripada novel ini. Yang paling ketara sekali adalah nilai kekeluargaan sangat penting dalam hidup ini. Tidak kira bagaimana kita dibesarkan ataupun siapa kita antara adik beradik dan ahli keluarga, kita harus menerima mereka seadanya.

6. Ada sedikit "twist" di penghujung cerita. Anda mungkin perlu baca dua bab ke belakang untuk mengetahui dengan jelas sebelum, oooohhhh, itu rupanya --- tetapi jika anda pembaca yang pintar, pastinya anda boleh menangkap apa yang cuba disampaikan. Ada sedikit persamaan dengan cerpen Kopi Julia, dari segi kemahuan di situ, walaupun konsepnya sedikit berbeza --- tetapi mengenali FS (ehem), boleh dikira, imaginasi beliau baik dalam perkara begini.

http://distilleryimage8.s3.amazonaws.com/b252bd9a983011e2948222000a1f9307_7.jpg
Instagram Aku | Cantik kan tulisan Faizal Sulaiman?

Amaran #2 : Jangan rasa mual untuk makan daging selepas membaca novel ini. Heh.

Apa pun, selamat membaca bagi yang belum mulakan pembacaan anda.
:)

3 comments:

takky said...

tak start bace lagi sebab ada byk lagi buku fixi tgh beratur untuk dibaca...
eh kejap, mana dpt kad biru tu?

FaizalSulaiman said...

Mekasih Zara ;-)

shandye. said...

novel ni keluar lebih lewat dari a certain novel yg kulitnya kucing comel itu kan?

tapi kenapa ulasan novel ini terbit dulu?

ini tidak adil, tidak adil... bagikuuuuu.... (sambil libas shawl)