Wednesday, May 15, 2013

Perjalanan 30 : #20


Sepanjang malam aku habiskan dengan mencari kawasan penempatan yang sesuai untuk aku mulakan kehidupan baru. Tetapi segalanya berakhir dengan jalan buntu. Satu demi satu peluang sudah dicuba, dan aku nampaknya boleh menasihatkan diri untuk berusaha lebih kuat. Bukan tidak dicari sebelum ini, tetapi memandangkan aku tidak menjumpai apa aku mahukan --- malam tadi, usaha dilipat-gandakan.

Buntu.
Letih.

Impian kecil.
Untuk punya satu tempat yang aku boleh panggil sebagai rumah. Untuk aku kekal berlindung sementara, mencari kebahagiaan yang aku perlukan selama ini. Mencari kegembiraan memulakan satu kehidupan lain, lari daripada aku yang sekarang ini. Lari barangkali kurang tepat. Yang lebih tepatnya adalah berubah mengikut suasana yang diperlukan.

Berpura-pura?
Menahan sabar.

Perjalanan semakin menghampiri garis penamat tahap pertama. Di hujung garisan penamat itu sebenarnya bermulanya satu lagi tahap baru yang perlu didaki dari asas. Dari tiada pengalaman sehinggalah menjadi matang yang entah bagaimana diukur oleh orang. Tapi di situ, tiada siapa yang mahu dipedulikan. Hidup yang seterusnya, kepentingan sudah berubah. 

Ada lebih banyak hati perlu dijaga.
Ada lebih banyak kesabaran bakal tersisa.

http://farm9.staticflickr.com/8095/8474869274_3604e8f91e.jpg
[Sumber gambar]

2 comments:

takky said...

cer try cari dalam mudah.com or tanya rakan2 sekerja yg perlukan housemate ke....
or p dekat 7E, kedai mamak atau bus stop kot2 ade iklan umah sewa dekat situ....
mane taw ade...
mudah.com bukan utk cari brg2 je taw, umah sewa pun boleh...

Mahirah Ridzuan said...

Mendalamnye mesej yg nak disampai... tp sy dpt gambarkan situasi itu..