Wednesday, May 22, 2013

Perjalanan 30 : #27


Malam sebelumnya, seseorang yang sentiasa mendapat hormat tertinggi daripada aku memberikan teguran dan nasihat yang aku rasa, tiada orang lain mampu sentuh kecuali dia. Dalam tutur katanya, walaupun selalu menjerit kuat dan membantah kelakuan aku selama ini, kelmarin --- aku dengar kembali, suara berbentuk nasihat ketika aku putus cinta buat kali pertama dalam hidup pada tahun 2007. Aku dengar kembali suara lirih, penuh dengan pengharapan.

"Duduk sini. Duduk depan"

Akur.
Memang salah aku (sebahagiannya --- jahanam! Tak nak mengaku salah juga), tapi aku buat perkara sedemikian disebabkan aku sangat memerlukan khidmat nasihat berkaitan kesihatan daripada seorang teman. Malangnya, akibat berlainan jantina, itu menimbulkan amarah dan boikot besar daripada sang wanita yang aku puja. Alhamdulillah, aku dapat nasihat yang aku perlukan walaupun aku sendiri kurang pasti sama ada aku bakal ikutkan ataupun tidak daripada doktor tersebut.

Berbalik kepada nasihat itu, ayat paling menyentuh hati yang aku sengkang mata aku daripada mengalirkan air mata dan hanya duduk mengangguk sahaja apabila diberikan arahan untuk mendengar kata. Ah, sekeras mana aku sekalipun --- bila berdepan dengan manusia yang aku sanjung tinggi dan wanita yang aku puja, aku akan jadi selemah-lemah manusia. Tanpa redha daripada mereka, siapa aku mahu mengharapkan redha Allah kan?

"Siapa sangka, anak lincah ini bakal meninggalkan kami semua? Bakal meletakkan sepenuh daya tumpuan kepada orang lain pula selepas ini? Walaupun duduk bersama, tapi kesetiaan dan penghormatan itu bukan milik kami sepenuhnya lagi"


Dan semalam, buat kali pertama dalam hidup, aku hampir menangis sewaktu ke klinik. Tangan kanan entah kenapa bengkak yang teramat sangat dan setelah diperiksa, aku mungkin terkena sengatan dua binatang berbisa tanpa aku sedari. Bengkak sampai aku rasa menggigil. Memandu sendiri ke klinik dan nasib baik, akibat dikenali oleh pegawai perubatan disitu, aku menerima rawatan terus di kaunter (sebab dia tahu aku perlu balik mengajar ke sekolah).

Lima belas biji ubat sekali masuk dalam perut, aku rasa aku memang mamai segilanya.
Lima biji steroid.

Moga hari ini berkurangan sakitnya.
Ujian.

http://farm9.staticflickr.com/8480/8154397682_d546cb0edc.jpg
[Sumber gambar]


3 comments:

Rapunzeel Cikilolo said...

semoga cepat sembuh dan dipermudahkan...

takky said...

akak....
jaga diri elok2...
entri nie buat saya risau dengan keadaan akak....
take care your self carefully....
always remember person who love you....
also your friends and fans who always support you from behind..

Hanih Borhan said...

Awat tu dengan tangan Cikgu tu?... Bagus parents Cikgu, masih tak segan menegur anak yg sudah besar panjang pun... Kalau dah sampai satu peringkat yg tak ada siapa2 dah nak tegur kita, mak ayah kita pasti ada utk sentiasa pandu kita ke jalan yg betul...

Ingatlah org t'sayang ;)