Monday, June 03, 2013

Terima Kasih.


Untuk semua doa.
Untuk semua ucapan.
Untuk semua sokongan.

Hanya terima kasih yang mampu aku ucapkan. 

Daripada sekadar anak yang menulis di sini, menjadikan blog sebagai satu terapi, aku berkongsi segala jenis tulisan aku, daripada bersifat peribadi ataupun sebagai refleksi mata memerhati. Tidak kurang ada yang suka dan lambakan yang membenci, aku masih dengan cara aku menulis sehingga aku mampu hasilkan beberapa tulisan yang diterbitkan walaupun sekadar indie.

Ah!
Anak macam aku, butuh doa daripada kalian untuk yang baik-baik. Demi kekuatan yang barangkali kalian sering kata aku berikan --- bahkan, kalian yang datang membaca adalah sumber kekuatan aku untuk terus menulis dalam ruangan ini. Dunia aku sendiri yang barangkali ada yang mengerti, ada yang terus campak ke tepi. Bagaimana mungkin aku puaskan hati dan keinginan setiap orang kan?

:)

Maaf jika aku tidak dapat mengundang kalian.
Jujurnya barangkali kerana aku sendiri banyak menguruskan persiapa sendirian sambil berkejar dengan urusan pekerjaan yang menimbun banyaknya. Di blog juga tiada apa yang aku kongsikan, mungkin sekadar penulisan aku dengan label Perjalanan 30 sahaja. Ia ditulis sebagai satu pengiraan aku bakal melangsungkan perkahwinan dan aku tahu, ramai yang tidak menyedarinya.

Ah!
Kalian kenal aku bukan?
Benda ini aku kurang gemar mahu hebahkan.
Barangkali aku segan.

(tarik nafas --- paling dalam)

Teruskan senyuman.
Setiap daripada kita perlu hidup dalam kegembiraan.
Setiap daripada kita layak merasa kebahagiaan.

Aku mengambil selangkah ke hadapan.
Dalam merasai kehidupan.
Menterjemah impian.

https://lh6.googleusercontent.com/-QLZOiTe_3LM/UawyM23ScvI/AAAAAAAAEyQ/0HSi7SuolbU/s583-no/nikah.jpg
26 Mei 2013 : Selepas nikah. Persalinan lelaki buat sendiri. Persalinan aku beli siap.


26 Mei 2013 : Kek sempena sesi makan berdamai. Terima kasih pada Chef Zam Akmal - MadAboutCake (MAC).
Gambar dari FB Azayu.


Oh.
Kenapa Twitter?
Sebab dilamar di Twitter.

Untuk lebih gambar, boleh cari #zarasyafiq di Twitter dan Instagram.

55 comments:

Zida said...

kakzaraaaaaaaaaaaaaa!!

why baru tahu isk iskkk T__T mesti busy sangat exam sampai tak tau yang akah dah kawen hehe

mabruk alaik! moga hingga ke syurga!

:D

anisamir said...

kak zara~ tahniah, barakallah :)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Ha ha ha.
Terima kasih sayang.
Terima kasih.

Gambar hanya diletakkan di FB & Twitter sahaja sebelum ni :)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Terima kasih :)

Silampuneon Neo said...

wehhh gila hebat kek ko !! tahniah zara :) muahh much love !!!

oshinz said...

kek yang sangat sexy!! haha. tahniah zara. semoga bahagia hingga syurga.

nurazima haji mohinadin said...

tahniah kak. banyak cari kekuatan dengan baca tulisan akak sebenarnya. harap satu hari akan melalui saat bahagia seperti akak juga :) selamat bercinta sampai syurga..

Anonymous said...

tahniahhh ;)

Rapunzeel Cikilolo said...

tahniah zarra

:)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Ha ha ha.
kek ni dibuat oleh orang yang hebat.
Sebab tu nampak hebat.

Thanks sayang!
Love u!

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Sexy eh?
Ha ha ha.
Thanks!

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

terima kasih sayang.
moga dalam perkongsian ada yang membawa manfaat :)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

terima kasih :)

zafirah fadzlan said...

Tahniah..tahniah moga bahagia dunia akhirat dengan hubby & baby2 yg c0mel :)

i.am.belle said...

Akhirnya Zara menemui si Cinta Hati. Sweetlah both of you. Ayunya zara berseri seri ceria :D

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Terima kasih Rapunzel :)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

awww.
Makasih atas doa :D

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Terima kasih banyak2 sis.
:")

zeera lily said...

Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fee khair.


ok, kek tu sgt cantik.. tahniah & semoga berbahagia dunia ahirat

msat1891 said...

tengah pikir apa perasaan dilamar kat twitter.haha

nuha said...

tak sangka..barakallah kak zara :D

zainatul abu bakar said...

Tahniah kak. Moga kekal hingga ke jannah. Header pun dah tukar, cantik2, hihi :)

MK Kimi said...

tahniah beb! kamu sgt gojes...jeles I.hak2!

Adzmar Fazami said...

Tahniah Zara...wah tak sangka.. tup tup dah jadi isteri orang! Moga berbahagia kamu suami isteri sampai syurga, saling melengkapi dan menjadi suami isteri dan in sha ALLAH ibu bapa mithali.

Latifah said...

Alhamdulillah.
Tahniah! Semoga berbahagia hingga ke Syurga! :)
بَارَكَ اللهُ لَـكُمَا وَعَلَيْـكُمَا، وَفِي كُلِّ خَيْرٍ جَمَعَ بَيْـنَكُمَا~

*lama rupanya sudah tidak ke sini, tahu-tahu sahaja sudah jadi isteri orang~ :)

Mohd Firhan Jasni said...

tahniah kak. moga perjalanan baru ini akan lebih indah dan bahagia, selamanya. insyaAllah

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Terima kasih dear :)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Perasaannya?
Macam - hoh, seriously?

Hahaha

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Terima kasih :)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Ameen.
Ameen.

:)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Motif nak jeles?
Tahniah dah jadi tunangan orang buat kamu :)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Ameen.
Ameen.
Ameen.

:")

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Terima kasih.

Ha ha ha.
Itulah.

:")

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Terima kasih.
Ameen.
Ameen :)

ima said...

Alhamdullilah.
Baca kisah akak dari dulu dan bahagia begini. Seronokkkk. hehe.
Ape2pun Selamat Pengantin Baru kak zara. Moga kekal smpai syurga.
Aamiiin. :)

Norisah Lee said...

It's okay my dear...alhamdulillah dah selamat jadi isteri org...semoga rumahtangga sentiasa diberkati Allah..

Mass said...

tahniah zara....dpt tau da kawin dr blog kak d green apple..btw,,semoga bahagia hingga ke syurga :)

Gerek Lama said...

Tahniah k zaraaaa! :) Semoha bahagia selalu. Aminn!

Angah said...

sweet couple....semoga berpanjanan dalam bahagia dan Rahmah Illahi

JunAina said...

Tahniah Zara...akak doakan bahagia sehingga hujung nyawa. Tabah menghadapi cabaran hidup berdua, bertiga, berempat, berlima dan seterusnya...:)

~Ati_Hime~ said...

Huwaaaa...ramainye comment! Nak commen jugak! Tahniah! Semoga kekal sampai ke syurga..sangat secocok dan cantik serba serbi dan ringkas, simple..sukaaaa.. :)

haidar abdullah said...

Tahniah dan welcome to the club =)

Memula tahu baca dlm blog green apple.. =)

Azney Shamsuddin said...

tahniah kak zara

cik hani said...

tahniah..
selamat melayari bahtera rumah tangga..

didie noxious said...

takhniah kali ke2 dr sy k.zaraaa...
waa.besh!doa yg baik2 saja tuk akak :)
mood sentap nak kawen cpt gak.hahaha~

kak nita said...

tahniah cikgu zara..semoga berkekalan hingga ke akhir hayat..

kak nita said...

tahniah zara..semoga kekal hingga ke akhirnya..

sheAYANG said...

Tahniah Zara & suami.
Semoga hidup kekal sejahtera sebagai suami isteri hingga ke syurga. :)

reenapple said...

Huuu... saya tahu dari Twitter Kak Zara. Ehehehe. Tapi belum kesempatan mengucapkan tahniah. :) Semoga bahagia sehingga akhir hayat. :)

shaerin said...

Congrats kak zara and suami !

Semoga berbahagia sehingga jannah. Selamat pengantin baru !

Ms J said...

Alhamdulillah.... Tahniah buat zara dan suami.
Dapat agak. Tapi segan nak bertanya kerana pasti jawapan kiasan yang diterima. ^_^.
Semoga berkekalan hingga ke jannah.
Doakan saya pula ya?

Sidratul Muntaha said...

Assalamualaikum kak..

Tahniah dah selamat bernikah.Saya doakan kebahagiaan akak dan suami. =)

nurul harnani said...

kakak syg, alhamdulillah. syukran allah pertemukan jodoh. selamat berkasih syg sehingga ke Jannah ^_^

salam perkenalan dr nanie..

Leadership Developmant Training said...

nice blog :)

salam kenal dari kami outbond di malang :)
jangan lupa kunjungi kami di website kami : http://www.nolimitadventure.com/

si penagih kopi said...

harapnya aku tak terlambat wish kamu Zara dear.

Selamat Pengantin baru dan di doakan sehingga ke Jannah lah bahagia cinta kalian berdua.

Tahniah.
Riena (Yumi)