Monday, July 22, 2013

Pengalaman Baru Sebagai Isteri.


Salam semua.
Sejak mendirikan rumah tangga bersama kekasih yang telah dinikahi --- walaupun kenal tidak sampai setahun ketika berkahwin, aku banyak belajar benda baru. Banyak belajar tentang bagaimana hidup yang selama ini, tengok orang lain lakukan, tapi tertanya-tanya sama ada aku mampu hadapi ataupun tidak dengan keupayaan diri.

Lain orang, lain kisahnya.
Kan?

01. Tinggal berjauhan dengan suami.
Selama ini, lihat kawan-kawan yang setiap kali Jumaat menjelma, sama ada terus bergerak dari sekolah bertemu suami ataupun menunggu suami pulang dengan gembira. Ada yang ambil cuti rehat jika suami punya cuti yang lebih daripada mereka. Sebagai penghargaan adanya mereka yang dikasihi di sisi. Rakan-rakan lelaki juga kebanyakannya begitu. Pulang menemui isteri walaupun jarak yang jauh harus ditempuhi. Memanglah orang akan kata setakat Johor - Selangor, apalah sangat kan? Tapi dengan kekangan waktu dan kesibukan kerja, masih boleh berjumpa, aku rasa itu cukup gembira dah.

http://distilleryimage10.ak.instagram.com/cd11b75ee77b11e297d322000aaa0a71_7.jpg
[Instagram] : Sebelum bertolak dari Bangi jam 4.30 pagi pada hari Isnin sebab sekolah mula jam 7.30 pagi. Ya, aku memandu sendirian pulang ke Muar di pagi hari. Muka tanpa solekan sebab perlu berhenti di R&R untuk solat.

02. Pergi ke acara yang disukai bersama-sama.
Kalau aku dengan minat aku pada buku, pada seni yang dihadiri oleh kelompok kecil tapi menyenangkan hati walaupun dihiasi dengan nyanyian puisi, dikiran muzik, serta hembusan asap sigar dilentuk oleh udara cemar motokar --- Encik suami pula lebih kepada benda berkaitan fotografi dan elemen ketuhanan. Nampak macam sangat berbeza, tapi dengan benda yang aku suka, dan dia suka --- sebenarnya, ada nilai persamaan yang mampu dikongsi bersama.

Sudah lama jadi impian aku menghadiri majlis-majlis seni bersama dengan lelaki yang disukai, supaya dia tahu daripada mana aku mulakan langkah aku yang dia sendiri kenali, yang kadangkala tenggelam dengan pembacaan dek khayalnya aku pada aksara. Kalau dia sering kata aku dikenali oleh manusia lain yang aku sendiri tidak kenal, aku mahu dia tahu --- dikenali disebabkan aku tenggelam dalam benda yang aku suka.

http://distilleryimage6.ak.instagram.com/d8c29e84d62c11e2890322000a9e48f1_7.jpg
Arts For Grab - Central Market. KLAB13.
03. Beli baju raya bersama.
Mungkin orang lain masa bercinta dah buat perkara begini, tapi orang macam kami yang --- diam cari perkataan --- "Noob" bak kata suami, lepas kahwin baru buat semua perkara yang selama ini pasangan kekasih tanpa ikatan nikah buat. Ha ha ha.

Cari baju raya dalam kesesakan orang, cuaca panas dan bulan puasa sememangnya cabaran. Nasib baik pergi pagi. Kalau pergi petang, mungkin aku dah jadi anak kecil yang duduk sahaja menahan lapar dan dahaga. Ya, teman suami cari baju raya dia memandangkan aku anak banyak baju yang baru dipakai sekali tahun ini. Terima kasih pada baju tunang, nikah dan majlis kahwin. Baju tunang sahaja aku baru pakai 3 kali. Ha ha ha.

http://distilleryimage3.ak.instagram.com/a985ff0cf1c111e2934722000a9f3cae_7.jpg
[Instagram] Pakej baju Melayu dari KL Tradisional. Siap dengan samping. Butang baju Melayu beli dari kedai lain.

Itu sahaja buat masa ini.
Lain kali cerita lagi.
:)

35 comments:

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

lama sungguh tak menjenguk di sini.

*tunggu entry sambungan ;)

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

lama sungguh tak menjenguk di sini.

*tunggu entry sambungan ;)

izaFiza said...

Alhamdulillah =. Eh, btw blum terlambat nk wish selamat pengantin baru =). Moga bahgia till jannah =)

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

bestnya....kita hanya menghitung hari nk bergelar suami isteri insyaallah

oshinz said...

korang memang minat warna biru ke?

Izza - Jiejah said...

Tahniah Zara ..mungkin kelewatan ucapan akak ini :-))

Jard The Great said...

i wish I was married too :(

intanurulfateha said...

best kan dah kawen? lain feeling beli baju raya dgn kekasih belum halal dan kekasih halal :')

Cik Eka said...

Menarik. Perbezaan itu melengkapkan, kan kak.

Eka pun nanti akan berjauhan. Teluk Intan - KL. Dua jam. Selalu tengok pengalaman orang yang istilah sekarang dipanggil PJJ. ehehe

neyra shazeyra said...

aku pun teringin nak beli baju raya sama2 dengan kekasih hati. hahahahahaha. tp sebab jauh ni kami main pos pos je la -.-

HEMY said...

best tu dh kawin..hehehehe..moga terus dapat persefahaman korang berdua yee

Myvitrd said...

hidup berdua lebih baik dari hidup sorang-sorang

~batrish♥~ said...

happy tengok zara n hubby..sweet..

Afiqah Azmee said...

wahh akak makin berseri lepas kahwin. muka pun hampir sama :')

sama lah kita tahun ni beraya dengan suami untuk pertama kali! :D

Melor said...

assalam zara, tahniah buat kamu berdua.semoga kekal bahagia til jannah. Amin

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Hahaha. Segan nak menulis benda gini :(
Takut orang mengata plak.

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Terima kasih dear :")

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Tahniah pada kamu juga.
Semoga dipermudahkan :)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Hahaha.
Tak juga.
Tapi aku gila biru :D

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Tak.
Terima kasih kak.

:")

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

InsyaALLAH satu hari nanti :)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

True!
Lain perasaannya :")

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

InsyaALLAH kamu boleh :)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Hahaha.
Kamu kan juara main pos2 ni :D

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

ameen.
ameen.

Doakan :D

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

True indeed :")

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Sankyu :D

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Yeay!
Tahniah buat kamu juga :")

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Salam.

Terima kasih dear :")

i.am.belle said...

seronoknya diaaa. haha. manisnya percintaan dan perkongsian. semoga berbahagia selaluuuuu.

dunia masam masam manis :)

FiZ said...

suka baca ini.:)
bila minat dah lain-lain, cuba mencari titik persamaan supaya hubungan tu bertambah kukuh.

anyway, selamat pengantin baru dan selamat berpuasa :)

reenapple said...

Semoga kekal bahagia.

AziE said...

Lama tak jengok di sini. Rupanya dah bertukar status. Happy for u. Selamat pengantin baru.

shaerin said...

tahun depan saya merasa ape yang akak rasa !
semoga happy2 slalu kak =)

أكرم حسني said...

belum terlambat: BARAKALLAHU LAKUMA BARAKA ALAIKUMA WA JAMAA BAINA KUMA FI KHIR