Friday, July 05, 2013

#TripIpoh : Ipoh Dan Khizanat.


Kerja gila.
Benda yang paling aku impikan selama ini adalah buat kerja ikut kepala aku - kemas barang, letak dalam kereta dan memandu ke tempat yang aku rasa nak pergi. Selama aku bujang, benda tu selalu terbayang dalam kepala aku dan aku tahu aku tak boleh tunaikan disebabkan keluarga aku mesti tak benarkan aku pergi. Jadi, bila aku dah punya suami (eh, dah kahwin?) - aku berpeluang untuk melaksanakan impian tersebut, pada hari ketiga lepas menikah.

Ha ha ha.
Gila.

Jadi, berikutan dengan perjalanan aku yang singgah di Pesta Buku Selangor, kami terus menuju ke utara, lebih tepat Ipoh walaupun kami pun tak tahu sebenarnya nak pergi ke mana. Pernah kau jumpa dua orang makhluk yang memandu tanpa hala tuju? Kalau belum pernah, sekarang kau dah jumpa.

http://farm3.staticflickr.com/2816/8985153298_34499e3c46.jpg
Memang begini cara beliau memandu. Dah beliau pendek. Memang dekat dengan stereng.

Semasa dalam perjalanan, masih panas terik begini. Melalui kawasan Tapah dan sebagainya, masih lagi dibawah bayang-bayang matahari walaupun terdapat beberapa insiden yang boleh dikatakan hanya boleh ditemui di dalam filem. Patutlah filem selalu tunjuk, memang orang kita selalu terbuat perkara begini. Ke memang kita semua cepat sangat menjadi tua dalam masa beberapa hari?

Untuk pengetahuan para pembaca (ceh! Macamlah ada pembaca) - setakat ini jika kami dalam perjalanan ke mana-mana, tidak sekalipun radio itu perlu dibuka disebabkan ada manusia paling kuat bercakap dalam dunia sedang memandu (tenung cermin sambil tepuk bahu sendiri).  Jadi, selain berbual dan memerhatikan keadaan sekitar, kami juga suka bergambar. Er, lebih tepat, aku yang suka bergambar walaupun kaku dan kayu. Ah! Peduli apa aku!

http://farm6.staticflickr.com/5459/8983919285_cdb15e6fe3.jpg
Lantaklah orang nak kata cheezy ke apa. Dah halal.

Eh.
Jadi, berpandukan Waze (terima kasih suami) - kami menemui laluan mana yang patut diikuti. Aku sebagai pemandu yang berhemah haruslah mengikut sahaja kata-kata orang yang lebih memahami cara nak baca peta guna telefon. Nak mengharapkan aku? Ikut sedap hati tengok papan tanda sahajalah walaupun itu boleh menyebabkan kami mungkin muncul di tempat entah mana-mana.

http://farm9.staticflickr.com/8140/8983915573_18e22338f6.jpg
Masa ini hujan sudah mulai turun dengan lebatnya.

Apa pun, Alhamdulillah, tiba di Ipoh dengan selamat dan misi pertama adalah cari di mana hotel yang telah ditempah. Kami memilih Tunes Hotel sebab murah dan cantik (walaupun pandangan pertama aku telah dicemari dengan kejadian sewaktu mahu mendaftar keluar pada keesokan harinya)

http://farm4.staticflickr.com/3831/8983911387_4dec4032b7.jpg
Memang cantik bilik Tunes Hotel. Selesa pun ya juga.

Memandangkan ini adalah perjalanan kali pertama berdua bersama, dan tempat yang dituju pun main redah sahaja, tak tahu mana nak pergi. Nasib baik teringatkan ada MJ (Mohd Jayzuan) di Twitter pernah promosi tempat nama Khizanat. Terus tanya pada seorang kenalan yang aku temui di Central Market beberapa bulan sebelumnya tentang tempat tersebut. Janji dibuat dan dia akan bertemu kami di hadapan hotel.

Setelah menunggu hampir setengah jam, Min muncul dan rupanya Khizanat hanya perlu melintas dua jalan sahaja daripada Tunes Hotel. Hoh! Kalau tahu dah pergi sendiri tanpa menyusahkan orang. Akhirnya, Khizanat yang terkenal di Twitter sebagai tempat anak-anak seni di Ipoh berkumpul telah aku jejaki!

Hoyeah!

http://farm9.staticflickr.com/8393/8949790542_583ef44d8a.jpg
Burger D.I.Y. di Khizanat. Serius, kena makan sebab daging itu mereka buat sendiri.

http://farm4.staticflickr.com/3666/8949787630_34c8205400.jpg
Pernah kau nampak orang lain buat ulasan makanan macam aku? Tulis pada dinding.

Ya.
Di sini jugalah aku dipertemukan dengan seorang yang sangat istimewa. Seyn. Min memperkenalkan kami dan sungguhpun kali pertama berjumpa, dia anak yang sangat peramah macam telah bertahun dikenali. Barangkali sebab aku juga budak yang menulis secara indie, ataupun benang takdir telah mempertemukan kami.

Cewah!

Seyn : Korang dari mana?
Aku : Muo.
Seyn : Dari Muar datang Ipoh?
Aku : Ya.
Seyn : Buat apa datang Ipoh?
Aku : Saja.
Seyn : Korang baru kahwin ke? 
Aku : Ya.
Seyn : Bila?
Aku : Kelmarin.
Seyn : Gilalah! Apa korang makan malam ni semua aku belanja!
Kami : Serius? Jangan buat main.
Seyn : Aku suka meraikan cinta.
Kami : Terima kasih banyak-banyak.
Seyn : Esok korang pergi mana?
Kami : Entahlah.
Seyn : (sambil pandang Kopi) Ambil nombor telefon aku. Esok aku bawa korang jalan sekitar Ipoh.
Kami : Tak menyusahkan ke?
Seyn : Relaks. Tugas aku sebagai orang Ipoh.

Ya Tuhan!
Kali pertama bertemu tanpa kenal satu sama lain (dan akhirnya aku sedar bahawa aku pembaca tulisan beliau juga dalam Travelog Rabak) - aku bersyukur sebab bertemu dengan insan yang baik dan ceria ini. Tentang apa jadi esoknya, aku simpan dahulu.

Yang penting, malam tu aku dapat jumpa juga dengan MJ. Ya, salah seorang idola dari segi penulisan dan karya. Malangnya, aku tak ada ambil gambar. Deng!

11 comments:

Anonymous said...

hahaha.salu rasa nk buat keja gila mcm tu.tunggu dapat lesen keta dlu.gitu.hahahaha. congrats again da kawen.finally.eh macam tau kisah hidup org jek :p hv a great wedding life :)

intanurulfateha said...

x de gambar seyn ke? baeknye die !

AkuBukanLelaki said...

Aku dan bakal suami plan TravelSuddenly camtu...so,plan akan terlaksana lepas kawen.Wehuuuuu

Min! said...

hai, saya Min.

hahahaha.

kbai.

reenapple said...

Wahhh.. macam menarik buat kerja gila ikut kepala. Heee.

Fieda said...

masa belum kawen selalu buat, bosan kerja...dari penang drive pegi ipoh makan mee kicap atau ke sungai petani makan RFC....sekarang dah kawen, tak dapat lagi buat sebab tak dapat nak curi masa pun...hukhukhuk

takky said...

finally....
dapat jugak baca entri terbaru dari kak z....
syok bile baca sampai mate terus jadi segar even dah pukul 1.45 pagi nie....
btw, suka caption tangan dlm kete 2.....

fasham said...

wah bestnye unplanned trip ni mmg dah lama fikirkan tapi saya tak berani nak buat lagi hehe

dah add n updated: http://lollista.blogspot.com/2013/07/penunjuk-arah-yang-teruk.html

TMUkmkd said...

hai min. kbai
miahahaha

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

teringin nak buat keja gila macam tu tapi apakan daya hanya ada motor hohoho.. terhad la sket perjalanan tu

=P

molliesa said...

kirim salam kat seyn. nak minta dia bawak orang ipoh jalan2 jugak lah! hehehe