Friday, July 12, 2013

WASH : Setahun.


“Woit aku suka hang!”
    “Kau salah hantar DM?”

    “Tak. Tak”
    “Kalau salah, aku abaikan”

    “Kau kosong?”
    “Kalau dalam erti kata, tiada orang punya, ya”

    “Kalau kosong, bolehlah ya?”
    “Kita kawan dulu boleh?”

    “Aku nak jumpa keluarga kau”
    “Seriously?”

*******

Terima kasih.
Terima kasih kerana secara tiba-tiba meluahkan rasa walaupun aku tidak kenal rupa kamu dan langsung tidak berjumpa apatah lagi mendengar suara. Terima kasih atas luahan hati yang sehingga kini kita masih tidak mengerti, bagaimana dua manusia yang tidak pernah saling kenal, boleh ditakdirkan jatuh hati sehingga sudah mendirikan rumah tangga.

Jodoh itu rahsia Allah.
Tapi macam yang kamu pernah katakan pada aku sebelum ini :

"Sebab ini semua adalah magis"

Terima kasih kerana memilih anak ini setahun yang lepas walaupun aku termangu-mangu aneh membaca pesanan kamu di Twitter ketika itu. Ya, melamar menggunakan Twitter tanpa tahu gambar sebenar kamu walaupun ada sahaja teguran tidak tentu hala tanpa ambil kira dan peduli siapa sebenarnya kamu. Menariknya, wajah juga langsung tidak diketahui bagaimana paras rupanya.

"Er, kau memang tak letak gambar sendiri eh?"
"Tak suka ambil gambar"

"Dah tu macam mana aku nak tahu kau siapa?"
"Aku ada gambar dekat Google+ kot?"

"Google+?"
"Aah"

"Kau ingat semua orang guna Google+?"
"Aku guna"

"Kat situ je ada gambar kau?"
"Aah"


https://lh5.googleusercontent.com/-70_3Z64eczc/T_qw5rP7cSI/AAAAAAAACWk/c2JTwWEJAns/w583-h581-no/spek-baru.jpg
Ya, ada orang meluahkan perasaan dengan letak gambar ini sebagai avatar setahun yang lepas.

WASH!

12 comments:

MK Kimi said...

setahun dah? cepat betul masa berlalu. happy anniversary zara :)

AkuBukanLelaki said...

awwwwwwwww! sewitt cangat.
Aku mungkin di YM.
Ya! YM!!

miera maira said...

sweetnya =)

Cik Zetta Fabregas said...

tahniah Zara... cinta itu bkn kisah dongeng.. ternyata jodoh Allah benar2 rahsia....selamat berbahagia dgn owner rusuk kiri mu.. =)

cokie DA comot said...

sweet .. suka baca penulisan di sini ..

nanadhoi said...

ini comel :D

☻UsaGi NaNa☻ said...

sweet! cm sy lak slh no...hahha! otw to the huge step. wish me luck!

reenapple said...

Ok. Ini comel dan sweet

ida_nurdiya said...

sweet, cool and amazing,kak zara. ini baru namanya jodoh, terus ke gerbang kahwin. tahniah dan in shaa Allah, moga bahagia hingga ke tua. ^^

shaerin said...

okey, so sweet and comel gila !

semoga berbahagia kakzara ! lama dah tak menapak sikit sbb bz! bdw, still in love dgn penulisan cikgu ~!

Alin Marlini said...

so sweet...hehee

Min! said...

tudiaaaaaa!