Wednesday, November 13, 2013

Sedikit Lagi.


“My girlfriend told me that she’s happy with the service. Thanks a lot for the great hospitality. We might come here again. Till then”

    Delisha tersenyum bila dia terbaca mesej dalam akaun milik teman lelakinya. Nampaknya gerak hati, rasa yang terdetik di dalam hati tidak menipu. Puas dia mencari sebab mengapa sejak kebelakangan ini Andy baik-baik sahaja, rupanya Andy kembali bermain kayu tiga. Cuma siapa gerangan wanita yang sanggup terbang jauh menemui lelaki itu sahaja yang harus ditanya.

    Delisha pandang semula paparan komputer riba. Tidak sia-sia dia menolong Andy menempah rumah penginapan ke destinasi seterusnya. Tuhan itu Maha Kaya – sekejap sahaja jika mahu ditunjukkan sama ada Andy adalah bakal menjadi suami ataupun perlu ditinggal pergi. Pantas jari Delisha menekan butang “PrtSc” di papan kekunci. Setiap satu perbualan boleh menjadi bukti jika Andy mahu berdolak dalik nanti. Dia tersenyum, hati lega tetapi anehnya, tiada sekelumit pun air mata.

[Sumber gambar]

8 comments:

reenapple said...

Mungkin sebab dah lali dengan kecurangan Andy, maka tak ada air mata mengalir.

My name is Wanita, and this is my story... said...

ada sambungan tak nanti? ke ada dalam buku atau blog mana-mana? nak baca cerita full :)

~emi~ said...

Ini novel ke cerpen? Mcm menarik je..nak sambungan lagii

Btw nanti rajin2 la jalan2 ke blog sy. Selamat berkenalan :)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Mungkin juga :)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Ada kak.
Soon, akan keluar. Buku :)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Cerpen :)
Soon babe.

takky said...

wah, interesting story.....
tak sabar nak bace full story.....

arifah said...

air mata dah tak mampu nak mengalir keluar, lebih lebih lagi untuk manusia yang tak tahu nilai setia :)