Tuesday, December 24, 2013

Dunia Baru dan Konotasi Rasa.


Salam.
Lama sudah tidak menulis dan berkongsi cerita. Barangkali disebabkan oleh banyak perkara berlaku --- dan aku memilih untuk menulis di Twitter dan Instagram sahaja. Kekangan masa untuk duduk dan menulis menyebabkan malas dan akhirnya, DSZ sedikit terbengkalai.

Mungkin bagi yang mengikut aku di Twitter dan Instagram sudah tahu beberapa perkara seperti :

1. Aku sudah berhijrah mengikut suami ke Selangor.
2. Aku bakal memulakan tugas di tempat baru.
3. Aku sedang menyesuaikan diri dengan keadaan sesak bersama warga bandar.

Ha ha ha.

http://distilleryimage7.ak.instagram.com/446bc98c60d211e3bc0512cf84830b09_8.jpg
Hadiah perkahwinan yang kami buka selepas 6 bulan berkahwin. :D

Masuk ke rumah baru (sebenarnya apartmen kecil sahaja untuk berdua), banyak benda yang perlu dilaksanakan. Dengan deposit, dengan barang-barang keperluan --- Ya Allah, jumlah yang dibelanjakan bukannya sedikit. Sekadar peringatan kepada bakal-bakal pengantin, janganlah berbelanja secara menggila dengan niat meraih pujian dan meningkatkan status semasa majlis kalian --- duit banyak mahu digunakan nak memulakan hidup. Sekurangnya, kami bersyukur kerana memilih secara sederhana dan punya sedikit belanja mahu mulakan hidup bersama selepas 6 bulan duduk jarak jauh.

Benda paling penting buat kami berdua?
Internet.

Ha ha ha.

Dan ya, memandangkan ada yang bertanyakan apa benda asas yang aku dapatkan untuk diri apabila masuk ke rumah ini, jawapan aku ada 2 benda yang sangat kritikal bagi aku.

1. Peti sejuk.
2. Mesin basuh.

Sekadar rekod, aku ada dapat hadiah dapur masak. Kalau tak ada dapur masak, akan jadi tiga lah. :D Memandagkan rumah pun aku cari menggunakan Internet serta kaedah tradisional (yang mungkin aku akan kongsi nanti) --- dua benda tu pun aku beli menggunakan Internet. Ya, peti sejuk dan mesin basuh pun aku beli gunakan internet. 

Dalam berita lain, Terfaktab telah melancarkan buku baru iaitu Konotasi Rasa. Kitab Terfaktab ke-4 ini mengandungi dua artikel daripada aku. Kalau berkenan, bolehlah hubungi mereka dan dapatkan cara pembeliannya. Banyak artikel yang boleh dibaca di dalam tersebut yang barangkali berguna untuk anda semua.

http://distilleryimage10.ak.instagram.com/90998f54621e11e3a04a12011bcf227e_8.jpg
Dengan peneman paling setia.

Sampai di sini sahaja.
Sayang anda semua.

7 comments:

DYatie said...

Kami juga bakal memulakan hidup baru. Tapi d KL. Husb dapat transfer setelah 1 tahun 4 bulan berjauh. :)

Izzat Aziz said...

Moga cepat menyesuaikan diri dalam kehidupan yang baru. Samalah nasib, banyak tulisan dihabiskan di Twitter, berbanding di blog. Pelan-pelan kayuh, terupdate juga blog sesekali.

zainatul abu bakar said...

Akhirnya..tertunggu jgk entri baru akk. Alhamdulillah dh dpt ddk dgn suami :)

EN ILHAM said...

Wah. Alhamdulillah kak. tahniah dapat bersama dengan suami..selamat datang ke negeri penuh pancaroba...hehe..

lama sudah tidak komen di sini juga

cik hani said...

Kami hari tu lepas kawen rumah sewa dah siap-siap cari, carikan barang second hand untuk kelangkapan rumah.
pastu masa bujang, memang kumpul duit untuk beli kelengkapan rumah yang kecik-kecik untuk lpeas kawen.

Alhamdullillah kami tak terasa beban lepas kawen.

Tahniah sebab dapat tinggal bersama dengan suami dah sekarang. tak perlu jauh lagi pasni. kena kuat semangat sikit nak kena tempuh jammed kat sini.

noly anna said...

salam tahun baru.
baru pindah selangor?
welcome to selangor hehe
klau free singgahlah ke blog noly ye
www.nolyanna.blogspot.com

Rose Azadir said...

Assalamualaikum, saya blogwalking kat sini, jemput datang ke blog saya http://ibu2ahmad.blogspot.com. saya follow sini n kalau sudi follow la saya balik yer;)