Saturday, March 22, 2014

Sembilan Belas.


Benda yang paling mana-mana perempuan (biasa) benci dengar adalah berat badan tiba-tiba meningkat tanpa disedari. Tambahan pula, dengan suara kuat diumumkan dalam satu bilik yang dihuni dengan ramain manusia lain, syukur juga lantai diperbuat daripada simen. Kalau daripada tanah, barangkali sudah digali dan sembunyikan muka.

Heh!

Itu salah satu ujian yang aku tempuhi dalam perjalanan pekerjaan di tempat baru. Barangkali dengan suasana yang menuntut aku kerja dengan tidak kira masa, aku jadi sedikit mengabaikan rejim pemakanan biasa aku disamping minda lebih memikirkan apa yang aku patut ambil sebagai makanan tambahan bagi meningkatkan daya tahan (serta memenuhi permintaan pengamal perubatan).

Benda begini adalah benda bukan rutin buat aku. Bahkan kali pertama berhadapan dengan kesukaran untuk menolak dan saling berbolak balik dengan pendirian sendiri. Aku mahu penuhi keinginan mengurangkan berat badan yang mendadak sebelum menemui pengamal perubatan pada pertemuan akan datang, tapi dalam masa yang sama aku perlu fikirkan khasiat yang bagus untuk badan. Ditambah lagi dengan kekangan masa, godaan juadah tak kira masa --- hidup tanpa nasi aku yang berjalan baik dahulu, malangnya aku tak boleh laksanakan ketika ini.

Tunggu.
Aku perlu dapatkan penimbang peribadi.
Jadi, naik turun pasaran saham (eh!) berat badan boleh diperhati.

http://shechive.files.wordpress.com/2013/09/morning-coffee-19.jpg?w=500
[Sumber gambar]

Lord Zara : Enaknya lihat orang mencicip minuman adiktif kegemaran aku. Sekarang aku hanya mampu perhati dan hidu aromanya sahaja. Dapat bau dari cawan orang sebelah pun sudah bikin aku gembira. 

6 comments:

Miey Sakura said...

Sabar ye ibu mengandung ;)

anis abdullah said...

You pregnant ke zara? My tweet is ku_Neng. Nice tweeting with you la..

cik hani said...

berat badan naik mendadak membuatkan saya cepat meroyan marahkan penimbang. tak sedar diri saya ni makan banyak hehehe..

Si NurA said...

Hai. Harap Zara boleh konsisten dalam usaha untuk kurus ya!

Liza Yati said...

Take care yer expectant mom. Anak kita maybe sebaya kan?

~ iza ~ said...

nikmati saat2 sekarang ni dengan penuh senyuman..
pejam mata saje bila melibatkan bab berat.. ;)