Wednesday, July 08, 2015

Kalau Tak Kerana Kau Bakar Dia.


Sejak kebelakangan ini, aku selalu terdengar lagu "Terima Kasih Kekasih" dalam radio. Mula-mula memang aku keliru sebab aku tak faham apa yang dimaksudkan. Bila ada seseorang kongsi lirik dia di laman sosial, baru aku tahu apa yang dinyanyikan. Aku cuma dengar semata. Aku tertarik dengan bahagian ini :

Terima kasih kekasih kekasih 
Yang telah mengoyakkan jantungku  
Terima kasih kami menghargai  
Kalau tak kerana kau bakarku  
Ku takkan jumpa cinta yang baru -

Aku rasa, benda sama dirasakan oleh manusia-manusia yang dikhianati oleh pasangan mereka, tidak kira tentang apa, rasa bersyukur pada satu tahap, jika tidak kerana dikhianati, disakiti oleh pasangan (yang mungkin telah jadi bekas pasangan), mereka telah jumpa cinta baru yang lebih membahagiakan. Disebabkan mereka pernah dikhianati, tidak dihargai, maka, mereka sangat menghargai keadaan apa yang mereka ada sekarang ini. Selalunya manusia begini berjumpa dengan seseorang yang lebih baik kerana mereka telah melalui perkara yang menyakitkan sebelum ini. 

Trauma?
Mungkin juga jika kesan yang ditinggalkan terlampau mendalam. Kita tidak akan pernah tahu masalah yang mereka hadapi disebabkan kekecewaan yang mereka hadapi. Jika mereka bertemu seseorang yang baru dan jika anda adalah pasangan yang mengecewakan mereka suatu ketika dahulu, adalah lebih baik anda mendoakan yang terbaik buat mereka. Bukan menyeret mereka lagi ke arah kesengsaraan atau kesakitan.

Anda tidak pernah tahu.
Jika anda menyakiti seseorang yang cintakan anda sepenuh hati, mungkin anda akan mengalaminya sendiri dalam hubungan yang akan datang. Ketahuilah, jika tidak terkena kepada anda, ia mungkin akan terjadi kepada keluarga, rakan-rakan atau sesiapa sahaja yang rapat dengan anda. Jika ia berlaku, anda perlu fikir kembali. Adakah anda pernah mengoyakkan hati dan jantung sesiapa?

Dan untuk yang kecewa.
Ketahuilah perasaan itu boleh diatasi. 

[Sumber gambar]





10 comments:

miss eimanhikmah said...

betul2...

Nailah Azman said...

Ex boifren Akak even dah kawin and anak dah 2 orang, he keep saying that dia menyesal sakitkan hati akak dulu2. Bila korek2, rupanya ada problem dgn family dia. Maybe jugak sbb dl Akak penah doa, dia takkan bahagia. Allah makbulkan nampaknya doa Akak. Huhuhu.

intandayani said...

Saya berkali-kali jumpa & berkawan dgn lelaki kaki perabis duit pempuan..bab tu sy trauma

E'in said...

setuju. kalau jenis yg mcm tu, akan ade yg lebih baik.

Si Aizuddin said...

Saya dengar lagu suka dengar lirik juga, dan fikir kenapa lirik dia macam tu.

"Terpulanglah, mau jadi apa, mau jadi hantu, mau jadi buaya"
Hehehe

Belang Tarung said...

layan tajuk ingatkan cerita pasal ayam golek param

Bro Ley said...

Akak happy ke doa akak makbul dan ex boyfriend akak x bahagia? Dah2 la tu...x tenang la dendam lama2..Doakan baik2 pulak utk dia, nanti org lain doakan baik2 pulak utk akak..

Btw, saya bukan ex boyfriend akak..huhu...

K2r~90 said...

dalam banyak2 benda yang nak dimainkan, jangan mainkan persaan orang, itu prinsip saya. Namun suami saya yang byk pengalaman y mcm ni, take relationship tu sbg granted.

kini perempuan tu plak gelabah bile tahu suami saya dah berkahwin dan ade kehidupan yang lebih baik..

Nornizam Jamal said...

Sentiasa bertawakal...

Norain Omar said...

Salam,

My name is Norain from ZALORA Malaysia. I would like to offer you to do a collaboration with us. Feel free to drop me an email at norain@my.zalora.com

Thanks :)