Tentang Lord Zara



https://lh6.googleusercontent.com/-lkg4qc6dR_8/T4gPG1p-RuI/AAAAAAAAEXQ/BB1q4BLgfiY/s512/C360_2012-03-24%252016-59-32.jpg

Selamat Datang Ke Dunia Sebelah Zara.

Tentang penulis
Seorang gadis yang percaya bahawa kebolehan dia menulis hanya pada tahap melepaskan perasaan dan terapi semata-mata. Berkelulusan Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kimia) dari Universiti Teknologi Malaysia - dia merupakan seorang tenaga pengajar yang selalu salah diertikan sebagai seorang kakak makmal. Tidak mengajar mata pelajaran yang berkaitan dengan bidang yang membuatkan rambut gugur, mata merah, mulut berbuih dan kepala hampir pecah di zaman belajar.

Dilahirkan pada 29 Ogos 1987, selain gemar membaca tahap gila, dia sukakan kopi dan menjadikan Nescafe sebagai dadah peribadi. Seorang yang ketagihan kafein sehingga boleh mengakibatkan adrenalin berlari laju dalam darah hanya dengan menghidu aroma kopi. Pernah bercita-cita untuk menjadi seorang barista jika tidak berjaya dalam kerjaya sekarang ini. Peminat setia Manchester United yang tidak berbelah bahagi. 

Selain aktif menulis blog dan berkicau dengan gila di Twitter, gadis ini juga telah menghasilkan tiga buah buku bersama rakan-rakan yang dia suka dan tidak pernah jumpa - Kitab Terfaktab #1, HERO, Kitab Terfaktab #2 - Nakal Tapi Halal , Kopi - Antologi Daripada Fixi , zine JIWA, Bola - Antologi Daripada Fixi, Kitab Terfaktab #3 - Sarkastik Cinta dan KLCC - Antologi Daripada Fixi antara karyanya setakat ini. Belum pernah ada buku sendiri, mungkin suatu hari nanti.

Sudah mendirikan rumahtangga bersama dengan seorang jejaka yang gila minum kopi juga pada 26 Mei 2013. Sejak kahwin, asyik terlupa mahu letak Puan depan nama. Masih perasan Cik sampai bila-bila. Heh.

Maklumat lanjut tentang Lord Zara boleh dilihat di sini

4 Ulasan:

  1. saya juga senang kenal dengan ibu Zara. Hai. Saya peminat blog Zara. Dah lama tak jenguk. tup tup... Sukaaaaaaaaaaaaaaaaaa nya tengok Zara dah kawin. tahniah.

    ReplyDelete
  2. aku pun nak menyelit la. bila nak singgah sini? x jumpa2 pun ko

    ReplyDelete
  3. uitt..assalam sharifah fatimatul zahra=)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana meninggalkan komentar anda. Kalau boleh, tinggalkan sekali nama dan 'tweethandle' anda. =)

 
.Dunia Sebelah Zara. Blogger Template by Ipietoon Blogger Template